Reset Metabolisme Dengan Puasa 36 Jam
Ramai orang tak tahu bahawa puasa panjang (36 jam) boleh “reset” metabolisme, buang cravings, tingkatkan tenaga, dan bantu turunkan lemak dengan lebih berkesan.
2025-09-29 11:37:15 - AFC Sihat
Doktor jarang ajar benda ini sebab tak dipelajari secara mendalam dalam sekolah perubatan.
Berikut ialah 5 fasa utama yang badan lalui bila berpuasa selama 36 jam:
Fasa 1 (0 – 12 jam): Deplesi Glikogen
- 0 – 4 jam → Badan masih dalam “fed state”, insulin tinggi, tenaga dari makanan terakhir.
 - 4 – 8 jam → Hati mula pecahkan simpanan glikogen (±100–200g). Hormon growth hormone mula naik 2–3 kali ganda.
 - 8 – 12 jam → 60–70% glikogen hati habis. Hormon ghrelin (hormon lapar) meningkat → rasa lapar kuat tapi sementara.
 - Insulin sensitiviti mula bertambah baik (±15–20%).
 
Fasa 2 (12 – 18 jam): Metabolic Switch
- Badan beralih daripada bakar gula → bakar lemak.
 - Enzim CPT-1 meningkat (memudahkan lemak masuk ke mitokondria untuk dibakar).
 - Ketone mula dihasilkan → otak dapat “premium fuel”.
 - Rasa lapar menurun kerana badan mula gunakan lemak simpanan.
 
Fasa 3 (18 – 24 jam): Deep Ketosis & Autophagy
- Ketone meningkat 400–500% → otak kini 60–70% guna tenaga dari lemak.
 - Autophagy aktif → sel buang protein rosak & “sampah dalaman”.
 - Growth hormone naik 5x pada lelaki, 14x pada wanita → lindungi otot, bakar lemak.
 - Insulin sensitiviti meningkat 30–40%.
 - Badan jadi “mesin pembakar lemak” sambil baiki sel dalaman.
 
Fasa 4 (24 – 30 jam): Puncak Transformasi Metabolik
- Pembakaran lemak capai tahap maksimum.
 - Ketone darah stabil di tahap selamat (2–3.5 mmol).
 - Autophagy otak meningkat 400% → kurangkan risiko Alzheimer.
 - BDNF (brain-derived neurotrophic factor) naik 200–300% → otak lebih fokus, sambungan neuron lebih kuat.
 - Hormon badan berubah sepenuhnya → insulin rendah, growth hormone tinggi, norepinephrine naik → metabolism laju.
 
Fasa 5 (30 – 36 jam): Reset & Recovery
- Badan capai metabolic flexibility → boleh guna lemak atau gula dengan cekap.
 - Mitochondria baru terbina (+40%) → lebih banyak “power plant” tenaga.
 - Otak lebih jelas, fokus tinggi kerana tenaga stabil dari ketone.
 - Cara buka puasa sangat penting:
 - Makan kecil (300–400 kalori), mudah hadam (contoh: sup tulang, sayur stim).
 - Elakkan terus makan banyak/berminyak sebab usus sensitif.
 
Kesimpulan
Puasa 36 jam boleh beri:
✅ Reset metabolisme
✅ Hilangkan cravings berlebihan
✅ Bakar lemak secara optimum
✅ Lindungi otot dengan growth hormone
✅ Baiki sel & otak melalui autophagy & BDNF
✅ Tingkatkan tenaga & kejelasan mental
👉 Kesan baik ini boleh bertahan sehingga 72–96 jam selepas puasa.
⚠️ Nota penting: Tidak sesuai untuk semua orang (wanita hamil, pesakit kronik, individu kurang berat badan, atau mereka yang ada masalah kesihatan tertentu).