AFC Sihat 11 months ago

Proses Makanan Bertukar Menjadi Lemak

Lebihan glukosa, badan simpan dalam bentuk glikogen (di hati & otot), Lebih lagi, tukar jadi lemak

1. Mula dengan makan

  • Bila kita makan nasi, roti, mee, kuih atau buah – semua ini ada karbohidrat.
  • Karbohidrat ini umpama “bahan mentah” yang badan perlukan untuk buat tenaga.

2. Proses dalam perut & usus

  • Makanan dikunyah → masuk ke perut → hancur jadi lebih kecil.
  • Sampai ke usus kecil, karbohidrat dipecahkan jadi glukosa (gula ringkas).
  • Glukosa ini diserap ke dalam darah → sebab itu lepas makan, gula dalam darah naik.

3. Insulin mula bertindak

  • Bila gula darah naik, pankreas (organ dekat perut) akan keluarkan insulin.
  • Insulin boleh diibaratkan “kunci”.
  • Sel-sel dalam badan (otot, hati, lemak) ibarat “pintu” yang terkunci.
  • Tanpa insulin, glukosa tak boleh masuk, jadi gula terkumpul dalam darah.

4. Glukosa masuk dalam sel

  • Insulin akan buka pintu sel → glukosa masuk.
  • Bila dah masuk, sel guna glukosa sebagai bahan api untuk buat tenaga.
  • Kalau ada lebihan glukosa, badan simpan dalam bentuk glikogen (di hati & otot).
  • Kalau masih berlebihan juga, ia akan ditukar jadi lemak.

5. Kesimpulan mudah

  • Makan → Pecah jadi glukosa → Naik gula darah → Insulin buka pintu sel → Glukosa masuk → Jadi tenaga / simpanan.
Share ke WhatsApp, QR Code & Copy Link. Anda boleh bantu seseorang hari ini!
0
427

Apa Berlaku Pada Badan Apabila Puasa Air Selama 72 Jam

Pelbagai masalah kesihatan mampu diatasi dengan cara puasa yang lebih lama

1766959636.jpeg
AFC Sihat
10 months ago
Bila Serotonin Turun, Semua Dalam Hidup Turun Sekali!

Bila Serotonin Turun, Semua Dalam Hidup Turun Sekali!

1766959636.jpeg
AFC Sihat
8 months ago
Punca Kita Boleh Terkena Strok

Punca Kita Boleh Terkena Strok

1766959636.jpeg
AFC Sihat
1 year ago
Lebih Sihat Bila Usia Meningkat

Lebih Sihat Bila Usia Meningkat

1766959636.jpeg
AFC Sihat
8 months ago
video

[VIDEO LOP] Sertai Bisnes AFC Yang Terawal Di Malaysia

afcsihat
AFC Sihat
9 months ago