AFC Sihat 8 months ago

Reset Metabolisme Dengan Puasa 36 Jam

Ramai orang tak tahu bahawa puasa panjang (36 jam) boleh “reset” metabolisme, buang cravings, tingkatkan tenaga, dan bantu turunkan lemak dengan lebih berkesan.

Doktor jarang ajar benda ini sebab tak dipelajari secara mendalam dalam sekolah perubatan.

Berikut ialah 5 fasa utama yang badan lalui bila berpuasa selama 36 jam:

Fasa 1 (0 – 12 jam): Deplesi Glikogen

  • 0 – 4 jam → Badan masih dalam “fed state”, insulin tinggi, tenaga dari makanan terakhir.
  • 4 – 8 jam → Hati mula pecahkan simpanan glikogen (±100–200g). Hormon growth hormone mula naik 2–3 kali ganda.
  • 8 – 12 jam → 60–70% glikogen hati habis. Hormon ghrelin (hormon lapar) meningkat → rasa lapar kuat tapi sementara.
  • Insulin sensitiviti mula bertambah baik (±15–20%).

Fasa 2 (12 – 18 jam): Metabolic Switch

  • Badan beralih daripada bakar gula → bakar lemak.
  • Enzim CPT-1 meningkat (memudahkan lemak masuk ke mitokondria untuk dibakar).
  • Ketone mula dihasilkan → otak dapat “premium fuel”.
  • Rasa lapar menurun kerana badan mula gunakan lemak simpanan.

Fasa 3 (18 – 24 jam): Deep Ketosis & Autophagy

  • Ketone meningkat 400–500% → otak kini 60–70% guna tenaga dari lemak.
  • Autophagy aktif → sel buang protein rosak & “sampah dalaman”.
  • Growth hormone naik 5x pada lelaki, 14x pada wanita → lindungi otot, bakar lemak.
  • Insulin sensitiviti meningkat 30–40%.
  • Badan jadi “mesin pembakar lemak” sambil baiki sel dalaman.

Fasa 4 (24 – 30 jam): Puncak Transformasi Metabolik

  • Pembakaran lemak capai tahap maksimum.
  • Ketone darah stabil di tahap selamat (2–3.5 mmol).
  • Autophagy otak meningkat 400% → kurangkan risiko Alzheimer.
  • BDNF (brain-derived neurotrophic factor) naik 200–300% → otak lebih fokus, sambungan neuron lebih kuat.
  • Hormon badan berubah sepenuhnya → insulin rendah, growth hormone tinggi, norepinephrine naik → metabolism laju.

Fasa 5 (30 – 36 jam): Reset & Recovery

  • Badan capai metabolic flexibility → boleh guna lemak atau gula dengan cekap.
  • Mitochondria baru terbina (+40%) → lebih banyak “power plant” tenaga.
  • Otak lebih jelas, fokus tinggi kerana tenaga stabil dari ketone.
  • Cara buka puasa sangat penting:
  • Makan kecil (300–400 kalori), mudah hadam (contoh: sup tulang, sayur stim).
  • Elakkan terus makan banyak/berminyak sebab usus sensitif.

Kesimpulan

Puasa 36 jam boleh beri:

✅ Reset metabolisme

✅ Hilangkan cravings berlebihan

✅ Bakar lemak secara optimum

✅ Lindungi otot dengan growth hormone

✅ Baiki sel & otak melalui autophagy & BDNF

✅ Tingkatkan tenaga & kejelasan mental

👉 Kesan baik ini boleh bertahan sehingga 72–96 jam selepas puasa.

⚠️ Nota penting: Tidak sesuai untuk semua orang (wanita hamil, pesakit kronik, individu kurang berat badan, atau mereka yang ada masalah kesihatan tertentu).

Share ke WhatsApp, QR Code & Copy Link. Anda boleh bantu seseorang hari ini!
0
494

JP2969017B2 : Infection Protective Agent

Pelindung jangkitan menggunakan Enterococcus faecalis NF-1011

1766959636.jpeg
AFC Sihat
7 months ago

8 Sebab Ramai Sakit Awal Di Usia Muda

Ramai hanya bertindak bila sudah sakit, sebab penyakit kronik seperti kencing manis, tekan...

1766959636.jpeg
AFC Sihat
7 months ago
Kisah Tenaga Dalam Badan Berkaitan Kencing Manis

Kisah Tenaga Dalam Badan Berkaitan Kencing Manis

1766959636.jpeg
AFC Sihat
8 months ago
Sampai Bila Nak Terus Makan Ubat Kencing Manis?

Sampai Bila Nak Terus Makan Ubat Kencing Manis?

1766959636.jpeg
AFC Sihat
7 months ago
Cara Halang Kolesterol Tinggi Dalam Badan

Cara Halang Kolesterol Tinggi Dalam Badan

1766959636.jpeg
AFC Sihat
10 months ago